Farahdina Bt Fazial
Calon Sarjana Pengurusan
Pembangunan Islam
No. Matrik : P-SM0105/13
Pengenalan
Pada 19 Oktober 2014 umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kempen ‘I want to touch a dog’ (IWTTAD). Penganjuran kempen ini menimbulkan pelbagai
reaksi dan spekulasi daripada semua pihak.
Kenyataan daripada Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS) menjelaskan bahawa, penganjuran program ini diluluskan atas tujuan adalah untuk memberikan pencerahan dan
kefahaman masyarakat mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam
serta memberi gambaran kepada masyarakat tentang keperluan menyelamatkan anjing
dalam situasi kecemasan. Selain
itu, agenda lain yang dibawa oleh penganjur, saudara Syed Azmi
Alhabshi dalam program ini ialah untuk mendidik dan menghilangkan rasa takut
masyarakat melayu Islam khususnya terhadap anjing dan menimbulkan kefahaman
tentang sifat anjing yang juga merupakan seekor haiwan.
Reaksi Masyarakat
Program IWTTAD telah mendapat reaksi
pelbagai pihak apabila terdapat segelintir daripada umat Islam bermesra dan
bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. Menurut pengerusi MAIS,
Datuk Muhammad Adzib Mohd Isa, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan
kepada penganjur menerusi surat pada 9 Okt 2014 yang menyatakan bahawa,
walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram
jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau
sebaliknya. Namun, sikap sesetengah masyarakat yang memegang,
memeluk dan mencium anjing dengan sengaja telah mencemarkan program tersebut
sekaligus bertentang dengan hukum syarak dan mencipta provokasi kepada
masyarakat setempat. Kesan daripada perkara tersebut, program IWTTAD dihujani
dengan pelbagai tohmahan negatif daripada masyarakat, lari daripada matlamat
asal penganjuran program tersebut dan tidak menepati persetujuan yang
digariskan oleh MAIS.
Pandangan Ulama' berkaitan Sentuh Anjing
Dalam mendepani
isu ini, masyarakat perlu dididik dan diberi kefahaman mendalam berkaitan isu
menyentuh dan memegang anjing. Terdapat perbezaan fiqh dan ijtihad ulama’
berkaitan pengharaman menyentuh anjing dan tubuhnya (Zaharuddin Abd Rahman, 2014; Asri Zainul Abidin 2013). Namun, ulama’ bersepakat menyentuh anjing dalam
keadaan kering adalah tidak najis manakala wujud khilaf dalam kalangan ulama’-ulama' lain berkaitan menyentuh anjing dalam keadaan basah. Antaranya:
i) Mazhab Maliki tidak menghukum anjing dan tubuh badannya sebagai haram disentuh.
ii) Mazhab Syafie dan Hanbali menghukum anjing sebagai najis jika disentuh tanpa sebab yang syarie.
iii) Sebahagian daripada fuqaha’ hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya sahaja.
iv) Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing berbanding Mazhab Syafie yang lebih tegas dalam perkara yang berkaitan dengan anjing.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan Mazhab Shafie, binatang seperti anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat) dan haram dipegang. Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
i) Mazhab Maliki tidak menghukum anjing dan tubuh badannya sebagai haram disentuh.
ii) Mazhab Syafie dan Hanbali menghukum anjing sebagai najis jika disentuh tanpa sebab yang syarie.
iii) Sebahagian daripada fuqaha’ hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya sahaja.
iv) Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing berbanding Mazhab Syafie yang lebih tegas dalam perkara yang berkaitan dengan anjing.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan Mazhab Shafie, binatang seperti anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat) dan haram dipegang. Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
Dari
Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Cara penyucian bekas salah
seorang daripada kamu, apabila dijilat anjing, adalah dengan dibasuh sebanyak
tujuh kali, salah satunya dengan tanah”. (Riwayat Muslim).
Hadis
di atas menunjukkan bahawa anjing adalah najis. Hal ini berdasarkan perkataan
‘cara penyucian’ yang menunjukkan sifatnya yang bernajis dan penyucian hanya diperlukan
untuk zat yang bernajis sahaja. Anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah
kerana cara penyuciannya memerlukan kaedah samak dan sertu. Namun, jika
seseorang menyentuh atau memegang bulu anjing itu dalam keadaaan kering,
memandai untuk membasuh bahagian tersebut menggunakan air mutlak tanpa perlu
menyamak pakaian atau membasuh bahagian tersebut. Kaedah samak hanya perlu
digunakan apabila seseorang menyentuh bulu anjing dalam keadaan basah. Selain
itu, kaedah samak turut digunakan apabila sesuatu yang kering terkena pada
bahagian badan anjing yang basah. Selain
itu, terdapat hadith yang memberikan petunjuk jelas berkenaan kenajisan anjing,
Maksudnya,
Rasulullah S.A.W telah diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi
undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun
baginda tidak memenuhinya. Lalu baginda ditanya kenapa? Baginda menjawab,
Sesungguhnya di rumah si fulan ada anjing. Lalu dikatakan kepada baginda, dalam
rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: Sesungguhnya
kucing bukan najis. (Riwayat Daraqutni dan Al-Hakin).
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa
binatang seperti kucing adalah tidak najis manakala anjing adalah najis.
Hukum
Menyentuh Anjing Tanpa Darurat.
Menurut Mazhab Syafie dan Mazhab Hanbali, umat Islam
adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa
tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam. Perbuatan ini dinamakan
“Al-Tadhammukh Bi Al-Najasah” iaitu sesuatu perbuatan yang dilarang atau haram
dilakukan tanpa ada keperluan yang mendesak.
Maksudnya:
Meletakkan atau (menyentuh) najis pada anggota badan adalah haram.
Hukum Memelihara Anjing
Hukum memelihara anjing
tanpa sebab muktabar adalah diharamkan dalam Islam. Oleh itu, haram bagi seseorang Muslim untuk
menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Namun, terdapat beberapa
pengecualian yang membenarkan seorang Muslim untuk memelihara anjing antaranya;
anjing dipelihara bagi tujuan berburu, menjaga haiwan ternakan, menjaga kebun
dan sebagainya. Hal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:
Maksudnya: Barangsiapa
yang memelihara anjing, kecuali anjing penjaga ternakan atau anjing pemburuan,
maka berkuranglah (pahala) amalanya sebesar qirat (ukuran yang besar) (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah
menyatakan bahawa orang yang memelihara anjing akan mengurangkan pahala orang
tersebut. Menurut sebahagian fuqaha, perbuatan mengurangkan dan
menghilangkan pahala tanpa sebab yang
dibenarkan adalah makruh disisi Islam namun terdapat ulama’ yang mengharamkan
perbuatan tersebut.
Adakah
Islam Membenci Anjing?
Islam merupakan agama rahmat dan sesuai
untuk semua masyarakat. Islam tidak melarang ummatnya untuk menyayangi apa
jenis binatang sekalipun dan tidak mengajar ummatnya membenci binatang seperti
anjing dan babi atas sebab kenajiasan. Tidak ada satu pun ayat di dalam Quran
dan hadis mengajak ummatnya untuk membenci haiwan berkenaan. Anjing merupakan
makhluk Allah yang wajar diberi layanan yang baik dan berbuat baik dengan
makhluk Allah merupakan satu amalan yang mulia. Kisah pemuda Ashabul Kahfi yang
memelihara anjing untuk tujuan keselamatan dan kisah pelacur Bani Israel yang
memberi minum seekor anjing yang dalam keadaan dahaga menunjukkan bahawa Islam
mengajar ummatnya untuk mengamalkan sikap ihsan dan bertoleransi terhadap semua
makhluk walaupun ia seekor anjing.
Walaupun terdapat segelintir masyarakat yang
melakukan kesalahan dalam kempen IWTTAD, namun itu bukanlah lesen kepada
masyarakat untuk menghukum dan mencemuh mereka. Dalam mendidik masyarakat memahami isu IWTTAD, golongan agamawan dan masyarakat
memainkan peranan
penting dalam memperjelaskan dan menegur dalam keadaan berhikmah.
Kewajipan seorng muslim terhadap terhadap sesama muslim adalah saling
menasihati antara satu sama lain dan tolong menolong dalam perkara
kebaikkan sebagaimana dalam firman Allah,
Rumusan
Dalam
mendepani isu IWTTAD, kefahaman, kebijaksanaan dan kematangan masyarakat dalam
perkara yang berkaitan dengan agama seperti perbezaan hukum fiqh perlu
dipertingkatkan. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan perbezaan
pendapat dan kefahaman berkaitan dengan sesuatu hukum dapat dipandu dengan cara
yang berhikmah. Selain itu, dari konteks
umat Islam di Malaysia, adalah lebih baik untuk mengelakkan aktiviti provokasi
seperti menyentuh anjing dengan sengaja walaupun dalam keadaan kering kerana
majoriti umat Islam di Malaysia berpegang
kepada Mazhab Shafie dan perkara ini adalah di luar batasan adat orang melayu
dan harus dihormati.
Bibliografi
Asri Zainul Abidin (2013). Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia.
Diakses daripada http://drmaza.com/home/?p=2449
pada 11 November 2014.
Astro Awani (2014). Penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ Tidak Tepati Persetujuan-MAIS.
Diakses daripada http://www.astroawani.com/news/show/penganjur-i-want-touch-dog-tidak-tepati-persetujuan-mais-46713
pada 11 November 2014.
Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan
Kemajuan Islam (t.t). Kedudukan Anjing
Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya. Diakses daripada http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf
pada 11 November 2014.
Wassatiyyah.My (2014). Pencerahan Isu Anjing. Diakses daripada http://www.wasatiyyah.my/?p=1536 pada 11 November 2014.
Zaharuddin
Abd Rahman (2014). Pandangan Saya
Terhadap Isu Program ‘I Want To Touch A Dog’. Diakses daripada https://www.facebook.com/DrZaharuddin/posts/851218388251179
pada 11 November 2014.